CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Tuesday, 15 March 2011

MATI MUDA????


 Sebenarnya mewarnakan rambut adalah salah satu penyebab kanser penyebab kanser.
Dahulu, amalan mewarnakan rambut hanya menbabitkan golongan wanita umur pertenganhan untuk menutup uban di kepala. Kini, mewarnakan rambut menjadi trend dan fesyen semasa yang diikuti oleh 
ramai pengguna. Khususnya golongan muda mudi.


Rawatan rambut traditional

Inai~ kisar @ giling daun inai, perah dan ambil airnya. Pendpkannya ke kulit kepla dan rambut sama sperti anda beersyampu… anda juga boleh menggunakan kaedah lain seperti mengisar daun inai hingga mnjadi pes pekat, kemudian campurkan sedikit putih telur dan beberapa titik jus limau purut. Pastikan tidak terlalu cair dan kemudian pendapkan….=)


Santan~santan melembut dan menyinarkan rambut, dengan itu mencegah kekeringan dan rambut pecah dihujung. Santan kelapa yang cukup masak memberikan hasil yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh memasak santan untuk dijadikan minyak rambut. Jika bunga melur @ ros dicampurkan kedalamnya, ramuan itu menjadi minyak rambut yang mewangi dan menggalakkan pertumbuhan rambut.





Herba~masyarakat cina gemar menggunakan herba berubat untuk melancarkan peredaran daraah kerana mereka percaya tubuh yang sihat menjanjikan raambut yang cantik.  Herba seperti tong kui dan pat chan(boleh didapati di kedai cina) yang dimasak dan diminum menambah kekuataan dan keanjalan rambut selain mencegahnya daripada beruban.


Minyak bijan~dikenali sebagai minyak lenga popular dikalangan orang india. Jika minyak itu diusap hingga ke kulit kepala, ia menyejukkannya dismping mengekalkan kehitaman rambut. Minyak lenga juga mengurangkan masalah raambut yang semakin tipis, pecah, berkelumumur dan kering, pemakaian yang 
kerap menambahkan keserian rambut.




like?? klau like comment yee...=)

Saturday, 12 March 2011

APAKAH KOSMETIK???

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua ttg bahayanya menggunakan bahan kosmetik yang pelbagai…..
Kosmetik adalah benda2 (selain sabun) yang disediakan khusus untuk tubuh  yang  bertujuan  membersih, mencantik, menambah daya tarikan dan mengubah suai penampilan tanpa menjejaskan struktur tubuh @ fungsi tubuh.
Berikut adalah senarai produk yang di anggap kosmetik oleh FDA  Amerika.
·         Krim losyen
·         Haruman, cologne klik disini...untuk bacaan seterusnya
·         Pewarna rambut
·         Deodorant
·         Krim cukur
·         Syampu
·         Minyak dan buih madian

LABEL yang terdapat pada produk kosmetik mungkin menyedabkan hati anda kerana anda menyangka ia dihasilkan daripada bahan2 asli dan tidak  mengandungi ramuan yang berbahaya. Tetapi istilah yang digunakan kadang2 mengelirukan kerana tidak member pengertian yang sewajarnya.

Ramuan semulajadi @ organic???

Ungkapan ‘semulajadi’ @ asli boleh membawa seribu pengertian. Beberapa pengeluar mungkin menggunakan istilah ini untuk membayangkan bahawa produk keluarannya tidak akan bercendawan @ tidak membahayakan kesihatan.

Istilah ini biasanya digunakan untuk menerangkan bahan ramuan yang diekstrak secara langsung daripada sumber tumbuhan @ haiwan dan bukan yang dihasilkan secara sintetik.

Beberapa bahan ramuan semulajadi dalam kosmetik boleh menimbulkan alahan. Jika anda alah kepada tumbuhan @ haiwan tertentu, anda cenderung alah kepada kosmetik yang mengandungi ramuan tersebut.

Misalnya, lanolin yang diekstrak daripada bulu biri2 merupakan ramuan yang sering digunakan dalam produk pelembab dan diketahui menimbulkan masalah alahan.

Menurut 1 tinjauan di Denmark pada tahun 1996, 35% kosmetik semulajadi mengandungi haruman alergenik dan adalah biasa  bagi minyak wangi asli mengandungi haruman dengan kadar alergenik yang tertinggi.



UJIAN HAIWAN BUKAN JAMINAN YANG SELAMAT!!


Produk dandanan diri dan kosmetik biasanya diuji bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

Bagaimanapun, kejayaan yang dilakukan keatas haiwan makmal bukan jaminan ia selamat @ tidak meninggalkan kesan kepada manusia. Ini kerana perbezaan dalam metabolism, struktur kulit malah suatu bahan itu mungkin beracun kepad 1 spesis tetapi tidak kepada sepsis lain.

                Selain itu, ujian2 keracunan ke atas haiwan sering menggunakan bahan2 dengan kadar kepekatan 100,1000 @ 10 000 kali ganda kadar yang mungkin manusia terdedah kepadanya dalam keadaan sebenar.


TIDAK WANGI  & BEBAS HARUMAN…..

JANGAN TAK TAHU dua istilah ini kedengan seperti sama, tetapi sebenarnya tidak.

“TIDAK WANGI”
Bermaksud tiada bahan lain yang dicampurkan kedalam  sesuatu produk untuk menambahkan baunya. Tetapi sesuatu produk mungkin telah dimasukkana untuk menyembunyikan bau lain(contohnya: bau lemak sabun@bau lain yang kurang menyenangkan dalam produk antipeluh “tidak wangi”dan produk alat cucian wanita.)



“BEBAS  HARUMAN”

Bermaksud tiada sebarang wangian, minyak @ bau yang ditambah kepada sesuatu produk. Bagaimanapun, definisi ini mungkin kurang tepat kerana sedikit haruman mungkin ditambah untuk menyembunyikan bau bahan kimia atau bau asas yang tidak menyenangkan.

                Berhati2 dengan produk “tiada haruman @ tanpa wangian”. Ia selalunya mempunyai aroma seperti mminyak kayu cendana dan pati lavender yang mengeluarkan sdikit wangian.

like?? klau like comment yee...=)