CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 12 March 2011

APAKAH KOSMETIK???

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua ttg bahayanya menggunakan bahan kosmetik yang pelbagai…..
Kosmetik adalah benda2 (selain sabun) yang disediakan khusus untuk tubuh  yang  bertujuan  membersih, mencantik, menambah daya tarikan dan mengubah suai penampilan tanpa menjejaskan struktur tubuh @ fungsi tubuh.
Berikut adalah senarai produk yang di anggap kosmetik oleh FDA  Amerika.
·         Krim losyen
·         Haruman, cologne klik disini...untuk bacaan seterusnya
·         Pewarna rambut
·         Deodorant
·         Krim cukur
·         Syampu
·         Minyak dan buih madian

LABEL yang terdapat pada produk kosmetik mungkin menyedabkan hati anda kerana anda menyangka ia dihasilkan daripada bahan2 asli dan tidak  mengandungi ramuan yang berbahaya. Tetapi istilah yang digunakan kadang2 mengelirukan kerana tidak member pengertian yang sewajarnya.

Ramuan semulajadi @ organic???

Ungkapan ‘semulajadi’ @ asli boleh membawa seribu pengertian. Beberapa pengeluar mungkin menggunakan istilah ini untuk membayangkan bahawa produk keluarannya tidak akan bercendawan @ tidak membahayakan kesihatan.

Istilah ini biasanya digunakan untuk menerangkan bahan ramuan yang diekstrak secara langsung daripada sumber tumbuhan @ haiwan dan bukan yang dihasilkan secara sintetik.

Beberapa bahan ramuan semulajadi dalam kosmetik boleh menimbulkan alahan. Jika anda alah kepada tumbuhan @ haiwan tertentu, anda cenderung alah kepada kosmetik yang mengandungi ramuan tersebut.

Misalnya, lanolin yang diekstrak daripada bulu biri2 merupakan ramuan yang sering digunakan dalam produk pelembab dan diketahui menimbulkan masalah alahan.

Menurut 1 tinjauan di Denmark pada tahun 1996, 35% kosmetik semulajadi mengandungi haruman alergenik dan adalah biasa  bagi minyak wangi asli mengandungi haruman dengan kadar alergenik yang tertinggi.



UJIAN HAIWAN BUKAN JAMINAN YANG SELAMAT!!


Produk dandanan diri dan kosmetik biasanya diuji bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

Bagaimanapun, kejayaan yang dilakukan keatas haiwan makmal bukan jaminan ia selamat @ tidak meninggalkan kesan kepada manusia. Ini kerana perbezaan dalam metabolism, struktur kulit malah suatu bahan itu mungkin beracun kepad 1 spesis tetapi tidak kepada sepsis lain.

                Selain itu, ujian2 keracunan ke atas haiwan sering menggunakan bahan2 dengan kadar kepekatan 100,1000 @ 10 000 kali ganda kadar yang mungkin manusia terdedah kepadanya dalam keadaan sebenar.


TIDAK WANGI  & BEBAS HARUMAN…..

JANGAN TAK TAHU dua istilah ini kedengan seperti sama, tetapi sebenarnya tidak.

“TIDAK WANGI”
Bermaksud tiada bahan lain yang dicampurkan kedalam  sesuatu produk untuk menambahkan baunya. Tetapi sesuatu produk mungkin telah dimasukkana untuk menyembunyikan bau lain(contohnya: bau lemak sabun@bau lain yang kurang menyenangkan dalam produk antipeluh “tidak wangi”dan produk alat cucian wanita.)



“BEBAS  HARUMAN”

Bermaksud tiada sebarang wangian, minyak @ bau yang ditambah kepada sesuatu produk. Bagaimanapun, definisi ini mungkin kurang tepat kerana sedikit haruman mungkin ditambah untuk menyembunyikan bau bahan kimia atau bau asas yang tidak menyenangkan.

                Berhati2 dengan produk “tiada haruman @ tanpa wangian”. Ia selalunya mempunyai aroma seperti mminyak kayu cendana dan pati lavender yang mengeluarkan sdikit wangian.

like?? klau like comment yee...=)

5 comments:

  1. simple but cute layout! love it so much!

    ReplyDelete
  2. great entry.. so,lepas ni siapa2 yg gila makeup,sila cakner about the condition of ur make up haha.. bahaya sgt2 utk kulit2 anda yg gebu.. selamatkan kulittt!! ;)

    ReplyDelete
  3. tau xpe...slama ni juz guna ja brg2 kosmetik..huhu...pd hal kita xtaw kandungn dlm 2 bhaya....

    ReplyDelete
  4. hehe..erm pas nie nak bli brg kna check dlu kndungn dia,smada dr printed or non-printed materials ar...yg bestnya,sweet sgt blog ko nie...byk info yg blh di ketahui..len kali share2 lg yer...good job 4 u...;)

    ReplyDelete