CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 15 March 2011

PUNCA KEDUT

  
Apakah itu kedut??=)

Seiring dengan peningkatan usia, pelbagai perubahan yang dialami tubuh dapat dilihat dan dirasa pada kulit kita, iaitu organ tubuh yang terbesar.
Apabila kulit semakin tua, ia semakin kehilangan keanjalannya. Kolagen, tisu yang biasanya memastikan kulit tidak terkoyak apabila diregang, dan elastin yang memungkinkan kulit memantul semula selepas diregang menjadi bertambah lemah.
                Kulit menjadi semakin tipis dan kehilangan lemak, yang menyebabkannya kelihatan tidak bermaya dan kurang licin.

                Sejauh mana kulit berkedut bergantung kepada sejauh mana ibubapa anda mengalami kekedutan. Keadaan ini lebih merupakan faktor keturubnan dan faktor krim yang mahal sekalipun tidak dapat mengjhilangkan garis2 kedut itu.
                Kedut juga berpunca daripada pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Pakar2 kecantikan menjelaskan pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan menyebabkan golongan remaja mengalami keadaan penuaan separa matang.
 
Cara2 melambatkan kedut…….(“,)v

ü      Memakai pelindung matahari,  topi dan gunakan payung ketika panas.

ü      Minum banyak air biasa(untuk menyingkirkan bahan sisa toksik dan pastikan memakan makanan yang seimbang seperti kacang, sayur dan dadih. Kulit hanya boleh “diberi khasiat”v dati sebelah malam, bukannya dari luar.
ü      Lakukan senaman dan tidur yang secukupnya.

ü      Cuba hadapi keadaan yang menekan dan kurangkan kebimbangan kerana perasaan risau dan bimbang hanya menambahkan garis2 kedut.
ü      Jika anda seorang perokok,hentikanlah tabiat merokok anda jika tidak, anda akan memperolehi wajah perokok iaitu garis2 kedut yang muncul dibahagian sudut mata @ mulut.


ü      Jika kulit terlalu kering, gunakan pelembab. Tetapi produk yang murah adalah lebih baik kerana semua pelembab hanya mempunyai kesan yang sama. Anda juga boleh menggunakan rawatan asli seperti menepek kepingan buah ke muka.


like?? klau like comment yee...=)

No comments:

Post a Comment